MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Terengganu

Promo Ad 6

DESA UKIRAN KAYU

Daerah Besut memang terkenal dengan pengukir kayu tersohor seperti Tokoh Kraf Negara 1999 iaitu Tengku Ibrahim Tengku Wook, Wan Ariffin Wan Su Tokoh Seni Negara 1997, Wan Mustaffa Wan Su, Tokoh Seni Terengganu & Adiguru Kraf dan sebagainya. Bagi mengiktiraf pengukir-pengukir tersebut, kerajaan telah mewujudkan Desa Ukiran Kayu untuk melatih pengukir-pengukir muda. Mereka ini akan diberikan tunjuk ajar untuk mengukir dan menghasilkan ukiran yang berkualiti.

Istana Tengku Long yang terkenal senibina ukiran tradisional yang mengagumkan dijadikan tempat berlatih membuat ukiran kayu warisan Terengganu selama setahun.

Di sini juga anda dapat melihat senibina Rumah Potongan Belanda, Rumah Limas Bungkus, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Pintu Gerbang, panel tingkap & pintu yang ukiran.

Sekiranya anda ingin melawat tempat ini yang terletak di Kampung Raja, Besut, sila hubungi 09 695 4823/ 09 695 3823.