MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Terengganu

Terengganu terus taja LTdL

KERAJAAN negeri Terengganu akan terus menaja perlumbaan berbasikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18 yang akan bermula pada 21 Februari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Rozi Mamat berkata, jumlah penajaan adalah lebih daripada RM1 juta seperti tahun lepas.

"Kita akan meneruskan penajaan dan ia amat tepat dengan penganjuran Tahun Melawat Terengganu tahun ini yang diharap dapat mempromosikan pelbagai destinasi menarik kepada pelancong daripada luar negara.

"Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan mengumumkan jumlah penajaan yang sebenar dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di Hulu Terengganu semalam.

Rozi berkata, liputan media antarabangsa daripada 70 buah negara terhadap LTdL akan turut mempromosikan Terengganu ke seluruh dunia, satu bentuk promosi kepada program Tahun Melawat Terengganu 2013.

Tiga tempat yang dipilih sebagai lokasi penamat perlumbaan di Terengganu ialah Dungun, Kuala Berang dan Kuala Terengganu.

Beliau berkata, jalan rosak akibat bencana banjir baru-baru ini akan dibaiki segera bagi melancarkan perlumbaan.


Sumber:Kosmo