MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Terengganu

Selamatkan parti sebelum individu

Usaha menyelamatkan parti lebih penting daripada menyelamatkan individu, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Terengganu mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai timbalan presiden Umno di tengah dakwaan usaha menyingkirkan beliau.

Untuk soalan itu, pengerusi Umno Terengganu berkata isu itu bukan mengenai Muhyiddin, tetapi mengenai apa yang dikehendaki daripada ahli parti.

Beliau menegaskan bahawa anggota parti terikat dengan undang-undang dan peraturan parti.

"Sekiranya badan disiplin mendapati Muhyiddin bersalah dalam soal ini, maka saya akan menyokong apa sahaja tindakannya.

"Kita perlu menyelamatkan organisasi dan bukan individu. (Perkara) ini perlu dalam satu organisasi.

"Kalau kita tengok mana-mana organisasi, soal gantung, pecat (menjadi) suatu kebiasaan kepada ahli-ahli yang tak menyokong ataupun yang telah melanggar peraturan.

"Jadi saya pulangkan soal (tindakan terhadap) Muhyiddin kepada bahagian disiplin," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos pada Khamis lalu mendakwa terdapat gerakan untuk menyingkirkan Muhyiddin daripada jawatan timbalan presiden Umno.

Bekas timbalan perdana menteri itu dilihat lantang mengkritik firma pelaburan 1MDB yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Naib Razak dan susulan itu dipecat daripada kabinet akhir Julai lalu.

Sabtu lalu, Muuhyiddin mengeluarkan kenyataan keras menggesa pemimpin Umno pengecut keana tidak bersuara sewaktu negara berdepan krisis.

- malaysiakini