MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Terengganu

Latest News for State Terengganu in "Politics"

Laporan audit dedah syarikat tiada pengalaman dapat kontrak RM71 juta

Syarikat diluluskan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebagai kontraktor pembinaan Pusat Servis Teknikal (STC) Penyelenggaraan dan Pembaikan Pesawat Sukhoi (SU-30MKM) di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Terengganu dengan nilai kontrak RM71.49 juta secara reka bina, tidak mempunyai pengalaman kerja.

 

Terima kasih MB walau dulu tak bantu pun

Di sebalik kejayaannya meraih pingat gangsa di temasya Olimpik Rio de Janeiro awal pagi tadi, pelumba basikal negara Azizulhasni Awang masih 'menyimpan rasa' terhadap kerajaan Terengganu.

 

Ahmad Razif enggan ulas gelaran Datuk Seri ditarik balik

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana yang diberikan kepadanya.

 

Hadi sifatkan G25 terbabas, perlu taubat

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan kumpulan G25 yang mahukan undang-undang berkaitan khalwat dimansuhkan dengan menggelarkan kumpulan terbabit sebagai golongan terbabas, lapor Sinar Harian hari ini.

 

Selamatkan parti sebelum individu

Usaha menyelamatkan parti lebih penting daripada menyelamatkan individu, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

 

Gaji ADUN Terengganu 
naik 167 peratus

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir hari ini meluluskan kenaikan gaji semua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu berkuat kuasa 1 Janua­ri lalu.

Hadi beri kata 
dua kepada DAP

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan DAP supaya tidak berterusan membuat kenyataan yang boleh menimbulkan tanggapan bahawa parti itu sebenarnya anti-Islam dan bermusuh dengan orang Islam.

Sarjana PAS cabar fatwa GST

Seorang anggota Parlimen PAS terus mencabar fatwa yang mengharuskan tindakan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

 

Tindakan DAP boleh cetus ketegangan kaum

Pas mendakwa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan sekutunya, DAP akan hanya mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat apabila memberi ‘keuntungan’ kepada penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina.

Tun Razak beritahu ada royalti minyak Terengganu

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Tengku Ahmed Shah mendedahkan beberapa dokumen yang didakwa bukti Terengganu menerima royalti minyak dan bukan Wang Ihsan atau dana persekutuan seperti dinyatakan pemimpin BN.