MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Terengganu

Orang ramai teruja beri makan buaya tembaga jantan

Kuala Nerus: Teruja apabila dapat melihat dan berpeluang memberi makanan kepada buaya tembaga jantan yang selama ini hanya dapat dilihat di zoo dan televisyen antara reaksi orang ramai terhadap reptilia yang mendiami lombong tinggal di Kampung Tepuh, sejak dua bulan lalu.

Reptilia sepanjang hampir dua meter itu disedari berada di kawasan itu selepas kelibatnya di lombong berkenaan ditemui seorang penduduk, Azhar Ahmad, 40, dari Kampung Bukit Nangka.

Azhar yang pada mulanya menyangka ia adalah batang pokok hanyut terkejut apabila objek berkenaan adalah seekor buaya tembaga yang berusia lebih dua tahun.

Penemuan reptilia itu pada mulanya menggemparkan penduduk kampung yang berasa terancam dengan kehadiran Raja Sungai itu tetapi keadaan menjadi sebaliknya apabila reptilia yang terkenal dengan sikap ganas dan agresif itu jinak dan boleh didekati.

Tinjauan Harian Metro mendapati orang ramai tidak putus-putus memasuki kawasan berkenaan untuk melihat reptilia itu dengan lebih dekat terutama menjelang waktu petang.

Menurut Azhar, penduduk mula menyayangi reptilia yang digelar Mamat dan setiap hari ada saja yang datang memberikannya makanan.

“Disebabkan ia belum cukup dewasa, kami memanggilnya dengan panggilan Adik Mat,” katanya yang ditemui ketika memberi haiwan berkenaan makan.

Katanya, reptilia itu dipercayai berada di lombong lain tetapi beralih ke habitat baru sejak awal April lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro