MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Terengganu

Latest News for State Terengganu in "General"

Orang ramai teruja beri makan buaya tembaga jantan

Kuala Nerus: Teruja apabila dapat melihat dan berpeluang memberi makanan kepada buaya tembaga jantan yang selama ini hanya dapat dilihat di zoo dan televisyen antara reaksi orang ramai terhadap reptilia yang mendiami lombong tinggal di Kampung Tepuh, sejak dua bulan lalu.

Reptilia sepanjang hampir dua meter itu disedari berada di kawasan itu selepas kelibatnya di lombong berkenaan ditemui seorang penduduk, Azhar Ahmad, 40, dari Kampung Bukit Nangka.

Azhar yang pada mulanya menyangka ia adalah batang pokok hanyut terkejut apabila objek berkenaan adalah seekor buaya tembaga yang berusia lebih dua tahun.

Golongan muda mahu perkasa ekonomi luar bandar

Kuala Nerus: Penjanaan ekonomi mapan dan peluang pekerjaan mencukupi, sekali gus menaikkan taraf hidup masyarakat di kampung bersaing dengan masyarakat bandar adalah antara aspirasi popular disampaikan golongan muda di Program Bicara Komuniti Transformasi Nasional 2050 (TN50) Zon Timur bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah (KKLW), di sini, semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tertarik dengan aspirasi disampaikan golongan muda itu yang disifatkannya senada dengan hasrat kerajaan bagi memperkasa serta memajukan wilayah luar bandar setanding dengan bandar.

Penjara 2 tahun jika tak solat Jumaat di Terengganu

Lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara 2 tahun tidak lama lagi.

 

Bertegas nyatakan pendirian isu Rohingya - Raja Bahrin

Kerajaan perlu menyatakan pendirian berhubung pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya di Myanmar, gesa ahli Parlimen pembangkang.

 

‘The Pocket Rocket Man’ bakal terima insentif khas Terengganu

Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang yang melakar sejarah meraih pingat gangsa berbasikal Sukan Olimpik Rio.

 

23 PATI ditahan

Permaisuri: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di Marang, Setiu dan Hulu Terengganu hari ini.

Semua yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Mynmar berusia antara 20 hingga 40 tahun dalam operasi bermula jam 10 pagi hingga 5 petang tadi di tiga lokasi berasingan iaitu dua kilang papan dan sebuah tapak pembinaan.

Timbalan Penolong Pengarah Tinggi JIM Terengganu Mohd Muda berkata, pihaknya turut menahan sepasang suami isteri warga Indonesia berusia 39 dan 26 tahun di sebuah tapak pembinaan di Marang kerana tidak mempunyai dokumen sah.

"Antara kesalahan dilakukan adalah tidak memiliki dokumen sah untuk tinggal di negara ini, tinggal lebih masa dan tidak mempunyai pas kerja.

Mengaku salah rompak pelajar

Tindakan kejam dua lelaki menumbuk perut sambil mengacukan pisau rambo sebelum merompak seorang pelajar menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan, oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam.

JKDM rampas 113 tan mercun

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas sebanyak 113 tan mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai kira-kira RM4 juta menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan bermula Januari hingga awal Jun lalu.

Rumah ini sahaja dunia saya

"Walaupun jauh di sudut hati nak rasa kemeriahan Aidilfitri, saya sekadar mengharap sebab sejak empat tahun lalu hanya rumah ini saja dunia saya. Saya hanya mampu mengengsot,” luah Abdul Basir Mamat, 34.

Penduduk bimbang lot kedai usang runtuh

Struktur bangunan kayu lot kedai berdekatan laluan masuk ke kawasan masjid, di sini, yang usang mengundang kebimbangan komuniti setempat selain dilihat mengganggu pemandangan.