MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Terengganu

Puteri Umno turun padang kemas jentera

HULU TERENGGANU - Pergerakan Puteri Umno Dewan Undangan Negeri (Dun) Telemong semakin rancak turun padang bertemu ahli pada peringkat akar umbi bagi mengeratkan hubungan, sekali gus memperkemaskan jentera sebelum menghadapi ‘perperangan’ pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Penyelaras Puteri Umno Dun Telemong, Wan Khatijah Wan Bakar berkata, pelbagai aktiviti merangkumi kebajikan dan kesukanan diadakan, sejajar misi turun padang bagi memeriahkan lagi pelaksanaannya.

“Jumlah keahlian Puteri Umno bagi Dun Telemong ialah kira-kira 1,500 orang.

“Ia adalah jumlah kedua tertinggi selepas Dun Ajil bagi Bahagian Hulu Terengganu,” katanya.

Menurutnya, Puteri peringkat Dun tidak pernah mengabaikan program kebajikan bagi mengeratkan hubungan dengan semua ahli di 35 cawangan.

“Program turun padang ini menjadi plaftrom terbaik bagi mencapai hasrat tersebut.

“Antara aktiviti telah dan sedang diadakan adalah menziarahi ahli Puteri Umno yang baru mendapat cahaya mata selain mengadakan program kesukanan,” katanya.

Menurutnya, mereka turut mengadakan aktiviti bola jaring bersama Puteri Cawangan secara ‘road show’ bagi mengadakan perlawanan persahabatan.

“Sehingga kini ia sudah dilaksanakan di lima cawa-ngan iaitu Sekayu, Nibong, Tengkawang, Kuala Dura serta Tapah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada Kejohanan Futsal Pergerakan Puteri Umno Dun Telemong 2012, di gelanggang futsal Tanjung Baru membabitkan penyertaan 21 pasu-kan atau cawangan dalam Dun Telemong di sini, semalam.

Katanya, program turun padang berjumpa ahli peringkat cawangan menjadi peluang terbaik bagi barisan pemimpin mendengar isi hati dan pandangan mengenai sesuatu perkara seterusnya dilaksanakan demi kebaikan bersama.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meningatkan seluruh Pergerakan Puteri agar sentiasa bersedia untuk berjuang habis-habisan menghadapi pilihan raya umum akan datang biarpun tarikh sebenarnya belum diumumkan lagi.

Sumber- Sinar Harian