MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Kuala Terengganu

Generasi Muda Marang cipta sejarah

KUALA TERENGGANU 19 Nov. - Tanggal 11.11.2012 yang jatuh pada Ahad lalu melakar sejarah tersendiri bagi Parlimen Marang apabila hampir 5,000 anak muda dari serata parlimen itu berjaya dihimpunkan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini.

Dewan konvensyen itu yang lazimnya memuatkan 2,500 tetamu dalam satu-satu masa kali ini mencatat jumlah kehadiran luar biasa yang mencecah hampir 5,000 pemuda dan pemudi dari empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen itu.

Empat DUN berkenaan ialah Pengkalan Berangan dan Alor Limbat di mana dua DUN ini dikuasai kerajaan Barisan Nasional (BN) manakala dua lagi DUN iaitu Rhu Rendang dan Bukit Payong di bawah cengkaman Pas.

Namun demi satu matlamat merampas semula DUN Rhu Rendang dan Bukit Payong itu, kesemua golongan muda berkenaan bagaikan 'seia-sekata dan bersatu hati' memastikan kesemua empat DUN tersebut menjadi milik mutlak BN selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kesemua 'orang muda' dari Parlimen Marang tersebut bertumpu di Dewan Konvensyen TTI di Pulau Wan Man bagi menjayakan program Himpunan Generasi Muda Marang 2012 yang perasmiannya disempurnakan Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said.

Kira-kira 5,000 pemuda dan pemudi Marang mengenakan kemeja T biru melambangkan warna keramat BN. Sebahagiannya pula membawa Jalur Gemilang dan kain rentang demi satu perjuangan untuk merampas semula Parlimen Marang selain DUN Rhu Rendang dan DUN Bukit Payong.

Yang menariknya, sesiapa saja pasti tergamam apabila melihat suasana dalam dewan yang dipenuhi lautan golongan muda-mudi manakala di luar dewan iaitu di sekitar TTI penuh sesak dengan ribuan kenderaan sehingga sejauh hampir satu kilometer.

Kira-kira pukul 4 petang, perhatian mula tertumpu dengan ketibaan Menteri Besar, Ahmad yang turut diiringi barisan kepimpinan UMNO Marang sambil diberi sambutan gemuruh hadirin.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Yahya Khatib Mohamad; ADUN Alor Limbat selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang, Alias Abdullah dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Saiful Bahri Baharudin yang juga Ketua Pemuda UMNO Marang.

Tidak ketinggalan Timbalan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Abdul Latiff Awang; Bendahari UMNO Bahagian Marang, Tengku Zainuddin Tengku Zahid serta dua Pegawai Pembangunan DUN iaitu Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Rendang) dan Zaidi Muda (Bukit Payong).

Ironinya, kehadiran ramai 'hulubalang' dalam parlimen berkenaan memberi mesej penting tentang pautan kerjasama utuh dan semangat kekeluargaan dalam usaha menghadapi kekangan parti lawan dalam pilihan raya umum akan datang.

Seperti kata Menteri Besar dalam majlis itu, beliau mengharapkan golongan muda memberikan sokongan padu kepada BN terutama dalam merampas semula parlimen Marang di samping DUN Rhu Rendang dan DUN Bukit Payong dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut berjanji kerajaan negeri akan melaksanakan projek perumahan rakyat di tiga DUN dalam Parlimen Marang iaitu Rhu Rendang, Alor Limbat dan Bukit Payong jika BN memenangi tiga kerusi DUN itu kelak.

Begitu juga di DUN Pengkalan Berangan, kata Ahmad, kerajaan juga berjanji membina sebuah lagi Sekolah Menengah Imtiaz setelah BN berjaya mengekalkan kerusi tersebut dan sekolah itu dijangka mula dibina pada 2014.

Terdahulu itu, Yahya dalam ucapannya berkata, sudah tiba masanya seluruh warga pemuda dan pemudi Marang menunjukkan kesetiaan mereka kepada kerajaan BN sekali gus mengembalikan semula kerusi Parlimen Marang, DUN Rhu Rendang dan DUN Bukit Payong ke tangan BN.

Beliau mahu memastikan golongan muda dalam parlimen itu tidak sekali-kali lupa bahawa 'biru' tetap pilihan hati yang akan kekal abadi sampai bila-bila.

Apa yang diharapkan, momentum sokongan padu generasi muda ini akan berterusan sehingga ke hari pengundian yang bakal menentukan masa depan serta hidup mati UMNO dan kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Sumber:utusan malaysia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121120/wt_01/Generasi-Muda-Marang-cipta-sejarah#ixzz2Cp5nZkcE
© Utusan Melayu (M) Bhd