MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Besut

Sekolah Sukan Gong Badak beroperasi 2014

BESUT 25 Sept. - Terengganu bakal melahirkan lebih ramai atlet sukan bertaraf dunia dalam tempoh enam hingga 10 tahun akan datang apabila Sekolah Menengah Sukan Gong Badak di Kuala Terengganu dijangka mula beroperasi dua tahun lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, projek itu akan dibina di kawasan seluas lapan hektar berhampiran Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Katanya, sekolah berharga kira-kira RM25 juta itu yang mampu menampung antara 800 hingga 1,000 pelajar akan dilengkapi kemudahan bertaraf dunia dalam melahirkan atlet sukan terlatih dan berkemahiran serta berprestasi tinggi.

Sumber:Utusan Malaysia